Monday 30 April 2012

jalan2makan2


Jalan2jalanMakan2-by HS


Pengalaman makan atau singgah makan ditempat yang dirasakan sedap bagi kami, maka terhasil senarai tempat2 makan yang boleh dikunjungi untuk makan. 





Nasi Ayam Mama-Manjung


Mee Rebus Tulang-Restoren ZieZie Johor Bharu





Restoren Kak Zah-Setiu Terengganu





Mail Ikan Bakar-Tanjung Lumpur, Kuantan





Restoren Serai-Empire Subang Jaya





Mak Teh Mee  Udang Banjir-Kuala Sepetang







Restoren steamboat Cameron Higland-Sebelah De' La Fern


Cendol Durian Borhan di Jalan Kuala Selangor-Tanjung Karang




Pasar malam Puncak Alam hari Rabu. Ayam tu memang sedap & fresh. kalah KFC. Putu piringnya pun sedap yg hanya dijual pada setiap malam Rabu.

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Perak, memang best. Buka setiap hari hingga ke 11am-11pm.



Mee Udang special, selak udang baru nampak mee. Terlupa nak snap pic masa mee sampai, dah makan separuh baru ingat. Maka udangnya nampak sikit.



Ini pulak masa kami jalan2 menuju ke Bukit Kayu Hitam (Restoren Cendol Pulut Jo). Kedai ni arahnya lebih kurang 10 minit drive setelah keluar dari Tol Darulaman Golf Resort menuju ke Bukit Kayu Hitam.



Masakan kampung, Gulai itik pun ada. Harga makan + minuman = murah



Cendol pulut Jo. Sedap rasanya sebab pulutnya terasa kenyal & berketul2.



Dave's Deli di Subang Parade.



Saya suka makan mushroom soup + garlic bread. Terasa sangat rempah dalam soup. Tak jemu dimakan.




HS HomeSweetHome

HS HomeSweetHome


Proses decide untuk membeli rumah nie tak ambil masa yang panjang. Hubby dah bosan duduk di rumah yang kami duduk sekarang Az-Zaharah 10/4. Bukannya bosan dengan jejiran (jejiran kami semuanye baik tepi, depan, belakang semuanye ok ) tetapi disebabkan rasa jelouse  dgn kakak yang ada rumah tepi siap dengan taman + BBQ area. So start dari tu kami mencari2 rumah tepi yang hendak dijual. Round2 area Alam Suria, kawasan kecil dan cozy, Alam Bistari pun dah survey tapi lambat sangat nak siapnye. hati dah tak sabar. So, round2 lagi, tanya dengan member husband kot2 ayahnya nak jual rumah (Az-Zaharah 10/4G) so finally dapat phone call dari bapak member husband. "Good news". Jual beli terus on dan proses jual beli nampak ok dan kami terus start renovate. Harap2 before puasa boleh start masuk (end June 2012).



Kawasan Shah Alam 2. Puncak Alam. Keadaan rumah kami sebelum bermulanya ubahsuai. Saiz tanah tepi dan porch sangat luas. Perancangan untuk membuat bilik gym, solat, belajar dan penambahan ruang tamu yang juga menjadi ruang menonton dan untuk suami dan anak bermain "pushball"/snooker. Juga menambah ruang tepi untuk kami minum petang dan ruang BBQ. Yang paling syok ada ruang untuk menanam segala pokok2 herba.






Projek bermula minggu ke2 bulan Febuari 2012. Minggu pertama mengorek lubang utk tiang. Musim hujan. setiap hari pekerja kena mencedok air sebelum meletak simen.

Macam lubang kubur pun ada. Kawasan rumah kami lebih banyak batu dari tanah. kerja mengorek lubang tidak dapat menggunakan tangan dan cangkul malah GCB(Kapal korek) digunakan. 2 minggu pun tak siap korek.



Membuat konkrit



Penambahan 2nd hall dan terrace




Tiang dah siap





Hubby ku jadi mandur bila masa tak ada job. Jadi, 2nd office kat side rumah. Ada hubby cepat sikit kerja budak2 endon. kalau tak "ngulor".




Proses slap tingkat atas bermula.





Pemandangan dari arah tepi.



Proses meletak batu merah untuk dinding bermula. Kontraktor bermasalah untuk mendapatkan batu merah katanya x de stok. Angin hubby, apalagi order sendiri 2 lori. seketul batu kos 0.60 sen. Tak kisahlah janji cepat siapnya.




Mahukan kelainan. mungkin ada sedikit English style. Batu merah dgn harga $2 seketul akan dijadikan feature wall di ruang tamu 2. Adalah iras2 di Papa Rich. Proses buat dalam 3 hari.



Pemasangan batu dibahagian aras bawah & atas telah siap



Feature wall untuk ruang tamu ke 2.



Proses wiring bermula dan 50% siap


Proses meletakkan aluminium foil untuk bumbung bermula 30/4/2012 hingga kini 80% siap.




proses meletakkan aluminium foil


closed up!!. Jumaat 4/5/2012 dah boleh letak bumbung